not a perfect QUEEN, not a beautiful PRINCESS

JUST an ORDINARY GIRL with a powerful SMILE

hasil kajian

 hasil kajian


MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN
     Produk tempatan yang menjadi pilihan ialah berasaskan makanan,iaitu kicap istimewa hasil keluaran syarikat hak milik tunggal; Perniagaan Mudim Zakaria (MUDIM). Lokasi perniagaan dan dan syarikat milik usahawan bumiputera ini ialah di Kampung Jelutong, Mukim Tobiar, Pendang, Kedah.
     Syarikat ini mula dengan perniagaan ubat – ubatan tradisional secara kecil – kecilan di kampong. Namun, seiring dengan perkembangan masa dan permintaan dalam pasaran, syarikat ini bertambah maju dan empayar perniagaan semakin berkembang apabila menerokai bidang baru berasaskan makanan.
LATAR BELAKANG
     Perniagaan Mudim Zakaria (MUDIM) diasaskan oleh Tuan Haji Zakaria Bin Arshad yang dahulunya merupakan seorang Tok Mudim di kampung tersebut. Bermula dengan perniagaan ubat – ubatan tradisional secara kecil-kecilan di kampung, perusahaannya bertambah maju dengan usaha gigih yang dilakukannya.
     Kemudiannya pada tahun 1987, beliau berjaya menambah barisan keluaran produknya dengan menjadi pengeluar kicap dan sos. Perkembangan dan kemajuan MUDIM juga turut dibantu oleh kesungguhan anak beliau iaitu En. Shaarani Bin Zakaria yang kini telah dipertanggungjawabkan mengambil alih pengurusan syarikat.
     Perniagaan yang dibangunkan oleh syarikat MUDIM ini telah menggunakan modal permulaan secara persendirian daripada Tuan Haji Zakaria sebanyak RM10,000 dan diuruskan dengan cekap serta efisien sehingga perniagaan syarikat mencapai peningkatan aset kepada RM300,000.

     Syarikat MUDIM berusaha memenuhi permintaan pengguna serta pelanggannya dengan memberikan keluaran yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Syarikat ini terus komited untuk menjadi peneraju dalam industry makanan di Malaysia.
     Syarikat MUDIM telah berjaya menguasai tiga negeri di wilayah utara Malaysia, iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinanguntuk keluaran produk makanan, khususnya kicap, sos dan cuka. Melalui proses pengilangan yang unik dan resipi tradisional , produk “Kicap Istimewa Mudim” memberikan rasa yang asli yang kualiti premium.
       
KAEDAH / CARA PENGHASILAN

     Seramai 40 orang tenaga pekerja terlibat dalam pengeluaran produk makanan ini. Mereka merupakan penduduk tempatan sekitar . Antara ramuan bagi penghasilan kicap Mudim ialah air kacang soya, caramel, gula, garam, tepung, bahan pengawet dan perisa yang dibenarkan. Proses penghasilan kicap MUDIM menggunakan mesin automatik untuk mencampur dan mengacaukan bahan – bahan sehingga sebati. Satu adunan mengambil masa selama satu jam dan mampu mengeluarkan kuantiti sebanyak 3200 botol. Setelah melalui proses penyejukan  barulah adunan dimasukkan atau diisi ke dalam botol plastic. Keseluruhan proses melibatkan penggunaan mesin automatic bagi menghalang pertumbuhan dan pembiakan bakteria. Dalam satu hati, pihak syarikat berupaya mengeluarkan 21,000 botol produk.
     Selaku sebuah syarikat perniagaan produk makanan 100% milik bumiputera Islam, MUDIM mengamalkan konsep berlandaskan Islam dalam pengurusan dan kini dalam proses mencapai tahap GMP (Good Manufacturing Practice) bagi memastikan ketulenan dan kebersihan produk. Sebagai langkah kawalan mutu produk, dua orang pegawai kesihatan akan dating membuat lawata ke kilang setiap dua minggu. Pekerja juga akan mencuci lantai dan peralat memasak sebelum proses memasak kicap dilakukan.

PERKEMBANGAN PRODUK

     Syarikat perniagaan MUDIM merupakan salah satu daripada perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) di Malaysia yang berasaskan  produk makanan. Bermula awal tahun 2005, rangkaian pemasarannya meliputi keseluruh negara.
     Banyak kemajuan yan telah dicapai sepanjang suku abad syarikat ini beroperasi. Dengan modal permulaan sebanyak RM10,000, syarikat ini telah mencapai peningkatan aset kepada RM300,000. Di bawah pentadbian En. Shaarani B. Zakaria , produk keluaran MUDIM dijamin status halalnya dan telah diperakui oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
     Syarikat MUDIM adalah salat satu syarikat di bawah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) milik bumiputera sepenuhnya di negeri Kedah, yang mampu bertahan ke generasi kedua dan semakin kukuh di pasaran Malaysia. Dengan potensi produk berasaskan makanan seperti kicap, sos dan cuka, pihak syarikat telah meneroka peluang pasaran hingga ke peringkat antarabangsa. Hal ini terbukti apabila produk keluaran MUDIM telah Berjaya membuat promosi produk keluarannya ke London, United Kingdom dan Arab Saudi. Kini, pihak syarikat sedang mengintai peluang menembusi pasaran di Moscow untuk produk baru iaitu “sweet chilli sauce “ atau sos cili manis bagi memenuhi selera serta citarasa penduduk di negara tersebut.